Catatan

MAJLIS IHTIFAL KAFA DAERAH TANAH MERAH 2023

Imej
 Malis ini telah berjaya diadakan pada 11 dan 12 julai 2023.Bertempat di dewan SK Tanah Merah 2.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Siti Nor Jihan Binti Saleh @ Md Ghazali Ketua Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan.Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs Tn.Hj Mohamad Saufi Bin Ibrahim @Ab Rahman,Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah. Sebanyak 6 acara dipertandingkan melibatkan 32 sekolah daripada 6 zon. Acara yang dipertandingkan melibatkan kategori lelaki dan perempuan : Acara tilawah Acara hafazan Acara bercerita Acara nasyid Acara penulisan khat Acara penulisan jawi Jawatankuasa pelaksana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini secara langsung dan tidak langsung.

BENGKEL PEMANTAPAN PENYEDIAAN TUNTUTAN ELAUN VERSI BARU

Bengkel Pemantapan Penyediaan Tuntutan Elaun Guru KAFA Daerah Tanah Merah telah diadakan pada 18 Julai 2023 di Bilik Laman Aspirasi, PPD Tanah Merah. Seramai 35 orang peserta yang mewakili 35 buah sekolah terlibat dengan bengkel ini. Penjelasan dan penerangan berkaitan tuntutan elaun versi baru disampaikan oleh En. Hamdan Bin Che Wil, Penyelia KAFA PPD Tanah Merah dan dibantu oleh Pn. Nurul Irma Bt Mohd Yasin.   

Selamat Datang

 Dalam Pembinaan